SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, December 17, 2010


Ingin kusentuh..
Lembut indahmu
antara gejolak rasa..
berbaur lembut dan syahdu..
manismu kuntumku..
Betapa indahnya..
kau temani perjalanan ini...
............................
............................
............................
moga kesampaian..
hingga ke akhirnya........


awme's 16122010

Daun..daun yang aman..
Segar di rimba pagi...
segar menyegarkan..
Terhanyut seketika...
melayan keindahanmu..
alamku yang permai..
biarlah ...
janganlah dicemari..
oleh debu..debu..


awme17122010

Tuesday, November 16, 2010


kusutnya sebuah rindu...
tersangkut di reranting..
pada setiap wajah..
yang diketemukan...
dalam kembara ini...
imbas yang melekat..
persis bayang yang tak akan sirna...
biarlah ianya terpadam sendiri...
satu ketika nanti...
datang dan pergi..
bersama embun pagi...


awme's 0955am@17112010
kala dana,Mukah.

Jika terlalu payah..
Menyimpan secebis kenangan..
Dalam diari kehidupan ..
Tentang sebuah persahabatan dan pertemuan..
Lepaskan ia …
...Ke laut luas terbentang……
Lontarkanlah…
Ke angkasa lepas…
Biarkan ia berpaut pada karang…karang
di dasar lautan….
Biarlah ia ..
Menjadi debu..debu..
berterbangan….
Jikapun kepingin untuk mengumpul kembali…
Serpihan kenangan yang hilang…
Biarlah sama sama kita selami
Ke dasar lautan…
Atau cukuplah …
Dengan memandang …
Pada cahaya kilauan awan….



awme's 0950pm @16112010
Kala Dana

Sunday, November 14, 2010


Ku dakap wajah senja….
Suram wajahmu..
Menyimpan luka..
Lalu ku biarkan semilir lembut
Mengusap membelai…manja…
Merawat duka…
Merawat luka…


Awme’s 1050pm@14112010
Mukah..

Di bawah langit senja
Yang jingga ini…
Jika kesempatan dikembalikan
Memori indah itu
Berulang lagi….
Pasti desir angin laut
Akan tersenyum…
Lembut selembut mata mu..
Tika pertemuan pertama..
Di pantai itu…
Namun itu bayangan cuma ..
Yang bermain di bibir malam…
Aku ingin kembali ..
Kepada diriku…
Biar sepi berteman rindu….
Malam tetap ku genggam …
Biar mimpi berlapis mimpi..
Kerana bayangan senja…
Tetap takkan kembali lagi..


Awme’s 0730pm@14112010
Kala Dana,Mukah.

Saturday, November 13, 2010


Kembara Sang Buih...

Kembara buih..buih..
di lautan..
dihanyut ombak..
...mengikut arus ..
tanpa tujuan...
akhirnya tersadai di pantai..


awmes 13112010
Oya.

Pangkalan sepi..
Setia menanti..
pada setiap persinggahan...
datang dan pergi
buat sekian kalinya
...menjadi..persinggahan
dan ditinggalkan....
sekian lamanya terhukum
oleh kepalsuan...
namun tetap tabah..menghadapi...
ranjang kehidupan..
yang penuh kepalsuan ini.


awme's 0840am@14112010
Kala Dana,Mukah.

Lokasi : Bekas Pangkalan Feri , Oya

Sunday, November 7, 2010


Persinggahan di kala senja

Dipersinggahan ini..
aku cuba memahami dan mengerti.
apakah hakikat sebuah kelahiran...
...sebuah perjalanan hidup..
ibarat mentari...
terbitnya dari timur...
dan turunnya di barat...
menjadi sebuah ciptaan yang maha indah...
lalu persis sebuah perjalanan ..
sebuah kembara...
dalam detik waktu yang begitu singkat..
sesungguhnya masa itu..berlalu
tiada henti...
dan dalam kembara ini...
adakalanya kabus menjelma..
adakanya hari cerah ceria...
itulah hakikat kehidupan..
namun pasti...
senja akan menjelma...
kerana kita semua
adalah sebuah kesementaraan cuma.....


awme's 0300pm@07112010
Kala Dana,Mukah

Saturday, November 6, 2010


Kembali kau
Persis kawanan burung petang..
pulang mencari sarang..
Kembali kau..
mencari harga diri..
...Yang sekian lamanya hilang..
..carilah jalan keinsafan..
Yang lama menghilang...
bertaburan bak serpihan di jalanan
Kini carilah dia...
Di saat senja hampir mendatang...
semoga kau temuinya..
sebelum mentari terbenam...



awme's 1055am@07112010
Kala Dana,Mukah

Thursday, November 4, 2010



Biarkan waktu berlalu...
bersama sepoi angin tengkujuh..
belum pasti lagi..
kau akan singgah..
di teratak buruk ini...
...Biarkanlah..
kau berlalu...
tak menoleh ke sini
kerana belum pasti..
di sini ada rezeki...
biarlah sepi bertandang...
bersama sepoi angin tengkujuh..
kerana nasib kami ...
hanya Tuhan yang mengetahui...


awme's 1155am@05112010
Mukah..

Wednesday, November 3, 2010


Ukiran rasa .. pada diari kehidupan

Jika diizinkan…
Jari jemari ini..
Melakar ayat…ayat..
Indah…ilham rasa…
Keindahan ciptaan Mu..
Dalam diari kehidupan
Izin Mu jua..
Berilah aku ruang..
Biarlah ku lakarkan…
Bait..bait puisi..
Menjadi arca kenangan..
Dari buah..buah mimpi..
Sebuah pertemuan..
Pada musim..musim indah itu..
Biarlah ku ukir nama mu..
Pada tugu ingatan…
Bahawa kita pernah bersama..
Kerana kau pernah…
Mendakap erat ..
Dalam ruang hati..
Walaupun hanya seketika…


Awme’s
1235pm @ 04112010
sktellian,mukah

Sekuntum cinta..
terbakar di hujung senja...
hikmat dan nikmat..
terdampar di sejadah iman
betapa cahaya Mu...
...mengerakkan aku dari mimpi ini..
untuk terus berkelana
...dalam mencari...cinta abadii...


awme's 1140pm@03112010
Kala Dana, Mukah

Ketika senja berlabuh....
pilu menggamit hatiku..
menanggung gelita rindu..
yang terbendung..
dan terkurung..
dalam sangkar usia..
dalam kembara..
di saat akhir ini..

awme's 0620am@03112010
kala dana.
Cermin Diri

Cermin diri…
Melihat telus…
...Melihat tulus..
Ke dalam cermin diri..
Yang tergantung tak terusik…
Di dinding usia…
Berbingkaikan pengalaman semusim..
Betapa indahnya…
Sejarah yang kita ciptakan….
Betapa manisnya…perjalanan hidup ini…
Jarak yang kita ciptakan…
Telah mendekatkan kita..
Namun rasa kehilangan itu…
Telah mengisi ruang..
Dengan rasa rindu…membara…
Tak pernah sirna..
Lalu kembali…
Merenung dan melihat jauh ..
Ke dalam cermin diri…
Di situ …
Masih ada…bayangan mu..
Tersembunyi …..

awme's 0420pm@03112010
sktellian,mukah

Monday, November 1, 2010


Pesona Senja..kuimbau bayang Mu

Rapuhnya….
Jendela hati ini…
Lebur bertaburan..
...Berserpihan menjadi puing..puing rindu..
Tika angin sukma melanda..
Bergetaran jiwa…

Usah resah ..
Gelora yang sarat mendera…
Pastikan reda…
Tika nyanyian sepi menjelma…
Biarlah ku teruskan..
Perjalanan ini..

Ingin ku imbau bayangan…
Biar ku gapai cahaya..
Sinar mu yang kian sirna..
Meskipun
dalam kekaburan kabus….
Inginku sentuh kasihmu..
Walaupun hanya seketika..
Dan pasti …
Di sini aku tetap berdiri..
bertemankan sepi.



Awme’s @01112010
Sktellian,mukah.

Hujan turun lagi...

Hujan turun lagi..
sudah pasti membawa resah...
tak siapa yang tahu...
...tersembunyi ia,
lalu jatuh..
satu persatu...


awme's 0320pn@31102010
Tutus Hilir,Mukah.

Nelayan di musim tengkujuh....

Termangu mengenang nasib..
apa nak suap pada mulut-mulut..
yang mengharap..
...sedangkan hujan tiada henti..
ombak membadai tinggi...
Sambil duduk mencangkung...
fikiran melayang...
di manakah rezeki kan di cari..
sekadar untuk sesuap nasi.
hujan..hujan...
turun lagi..
ombak membadai tinggi...
membadai jua..
di dalam hati..



awme..0448pm @31012010
Tutus Hilir,Mukah
Lokasi: Pangkalan Nelayan Kpg. Tutus Hilir,Mukah,
Sarawak.

Bayangan Sirna ..mencari makna sebuah rahsia...

Tak kan sirna…
Bayangan sinar mata mu..
Dalam gelap malam…
Walau sekelam manapun..
Dan hebatnya angin mendesah lalu..
Kau tetap terpaku…
Kerana bayangan mu...
mendakap erat ..
memahat dalam ingatan..
lalu
tak berupaya…
melawan sedar…
menakluk nyata..
mencabar resah
biarkanlah
terpenjara..
sepi itu..mengarca mimpi..
jadi satu titik bisu..
dalam mencari..
sesuatu yang ada tapi tiada…
sesuatu yang tiada tetapi ada…
dan biarlah…
perjalanan ini…
menjadi sebuah kembara …
dalam mencari makna sebuah rahsia….



Awme’s @1045am
01 Nov. 2010

Friday, October 29, 2010


Waktu...mengejar riak senja


Ketika mengejar mentari..
Ku temui riak riakmu
...dibibir pantai..
lalu aku terkedu..
terpegun...
melihat kilas sinarmu....
dan aku tahu..
kau semakin jauh..
dan akupun semakin jauh....
namun masih ada...
denyut akrab ...
yang terasing...
tersisip disudut memori...

awme's
0125pm @30102010
kala dana, Mukah

Kembara sebuah pertemuan yang abadi
(mengingati Sdrku ..yang pergi takkan kembali)

Hidup adalah sehelai mimpi….
Rasa nikmat dari taman perkasihan ..
...Yang sementara ini..
Menjadikan kita leka dan alpa..
Dihanyut buai mimpi indah….
Tenggelam dalam rindu dan kasih..Duniawi…
Permulaannya dari satu titik..
Berakhirpun dengan satu titik
Yang tiada semenanya akan ..
Akan datang tiada dipinta..tiada diduga..
Segalanya akan menyepi…
Bila denyutan nadi terhenti..
Menyentap segalanya…
Berakhirlah sebuah cerita..
Berakhirlah segalanya..
Kerana datang dan perginya..
Persis sebuah mimpi…
Ketika haruman mawar dan kasturi..
Melingkari sekujur tubuh tanpa roh..
Dalam perjalanan…
Yang abadi …menemuiMu…Rabulizati….

Awme’s 1220@30102010
Kala dana Mukah…

Sungai Dalat..i

Mengulit mimpi...
membilang resah..
tika menyusuri sungai mu...
...senja kelam sudah pasti...
membawa sejuta rasa...
kusut ibarat rerambut ara..
gelora sungaimu tetap berkocak..
tiada henti....
aku pasti..
akan kembali..
menganyam rindu..
di hujung lena..


awme's @0715pm @29102010
Kala dana

Thursday, October 28, 2010


Cerita laut i

Laut...
adakalanya teduh...
adakalanya begelora....
...namun aku tahu...
dan cukup mengerti...
kerana kau telah mendewasakan aku..
kerana kau telah mematangkan aku...
dengan permainan hidup ...
yang penuh dengan makna
yang penuh dengan cerita..
yang tak akan berhenti..
dan entah sampai bila..
akan sampai ke penghujungnya...

awme's 1144pm @ 28102010
Kala Dana,Mukah
Di pantai inilah…
Anganku jauh menerawang..
Lepas bebas di angkasa…
Terbang bersama camar senja…
Di sinilah cintaku bermula
Desir angin kerinduan menyapa..
Rindunya bergelora….
Persis ombak pantaimu
Menghempas …membadai ..
Bercanda….merintih berbicara…
sehingga
Redupnya samar senja…
Sepoi angin menghela…..
Laut berhenti berbicara….
Senja berlalu hiba….
Kerana setiap detik yang berlalu..
Adalah detik yang bermakna…

Awme’s
Sajak - Orang sesat di lautan
1040pm@28102010
KalaDana,Mukah

Tuesday, October 26, 2010


Pelabuhan yang di tinggalkan.......

Tiada lagi yang indah di sini....
setelah pelabuhan menjadi sepi....
cerita yang dingin di bawa berlalu..
...bersama semilir senja...
dan mentari kian samar...
melabuhkan tirai malam...
dan cerita semalam yang kian lenyap..
ditelan malam...
yang tinggal hanya lipatan memori...
aku yang pernah hadir di sini..
hanya bisa bermain dengan mimpi..
manis dan indah....
seindah pelangi...


awme's 1040pm@26102010
KalaDana.

Impian Bulan

Antara samar cahaya bulan…
Yang bersinar di dada malam..
Sempat ku dengar sebuah bisikan…
Bahawa antara serpihan rindu yang bertaburan itu..
Berdiri seorang aku… yang sesat
dalam kerdipan bintang gemintang…
dan… cahaya malam ini ,
bukanlah untuk ku….
Lalu aku terpegun dan mengharapkan
…dada malam akan menyerlah cerah..
Bahawa antara rasa yang bercelaru dan keliru
Biar terlerai….. fatamorgama mimpi…
Lalu aku pun tersedar dari igauan itu…
Bahawa bulan… kau jauh di sana…
Dan aku terus sujud bertafakur..memohon
keampunaMu…..Rabbi.

awme 0935@26102010
KalaDana

Berikanlah aku…sedikit ruang…
Untuk mengimbau memori indah…
Pada detik yang berlalu…
Pantas persis angin yang menderu…
Lenyap dan menghilang dalam bayangan senja…
Andai pada detik ini…
Aku kehilangan memori itu…
Biarpun ia takkan berulang dan bertandang lagi…
Namun berikanlah aku sedikit ruang..
Untuk kembali bersama …
mewarnai mimpi indah….
Berikan aku ruang
untuk lena dalam peraduan ini.

Awme’s 0832pm@26102010
Kala Dana

Sungai Dalat....melihat dari satu sudut

Ketika tabir senja...
memercikkan cahaya kemilau...
di dadamu .....
...tersedar dari lena buaian mimpi....
terbungkam aku.......
teringat riak sungai mu....
menari galak dalam aluan cahaya mentari.......
betapa ruang tidak membezakan....
dan tidak akan pernah membezakan...
bahawa antara langit yang membiru ...
dan alunan ombak itu adalah...
ada pertalian halus yang mengalir...
menyentuh deria rasa...
menjadikan kita lebih akrab namun terasing....
lalu ku redah belantara sepi....
dalam mengejar bayanganmu....
hari ini aku tahu .....
bahawa kau telah lesap dan hilang dari pandangan....
dan hidup ini adalah sebuah ilusi.....


awme's @4.45pm @26102010
sk tellian,mukah.

Cerita sebuah rindu....

Telah ku lalui rimba perkasihan ini...
semusim lalu...yang terlalu jauh..
yang terlalu lama telah ku tinggalkan....
...entah....sesekali bayangan itu kembali lagi..
bermain persis riak air yang berkocak...
menghempas melanda dan bercanda..
di pantai hati.....

Betapa pun kubiarkan..
mimpi ini terbang bebas....
lalu ku buka luas jendela hati ...
agar kau terbang jauh....sejauhnya....
namun kau datang jua bertandang...
terkurung dalam sebuah sepi yang menyakitkan....
meronta... dalam kepedihan....
dan kembalilah aku....
menganyam rindu yang terlarang....


awme's 1125@26102010
sktellian.

Thursday, September 23, 2010


Permainya kampungku

Kampungku yang permai...
Ketenangan mu..
mengamit hatiku dan rinduku..
untuk terus bersama mu.

Sunyinya terasa...
pada detik ini..
tika memerhati ..
percikan cahaya senja...
pada helaian dedaunan rumput..jalanan...

waktu - waktu begini..
mengingatkan kita..
pada usia...yang berlalu..
ibarat kelamnya cahaya senja...
yang kian menghilang..
bertaburan..
ditelan malam ..
gelap gelita.


awme's 23092010@0945am
sk tellian,mukah

Wednesday, September 22, 2010

Light in the darkness of the night.

Light in the darkness of the night..
keep my hope alive...
to see the next tomorrow..
...has yet to come...
another day ....
another hope...
to see the sun shines again
and another night to come...
with the light still on.....

awme's 22092010@0925
sk tellian,Mukah.

Di celah rimbunan itu...
ada titis titis hujan...
menyegarkan..
Di celah rimbunan itu...
ada kehidupan...
...di sebalik kehidupan..
menenangkan...
Di celah rimbunan itu...
ada cahaya...seri kehidupan...
mendamaikan...
Pastikah ia berkekalan..
tika terik mentari menjulang..
menghembus bayu hangat...
kering ...meluatkan...???


awme 22092010@0438pm
sk tellian,mukah..


Tuhanku
Tunjukkanlah...
aku jalan yang lurus..
pada sebuah perjalanan ini...
di mana langkahnya tiada henti...
...Perjalanan ini ..
akan terus ..maju tanpa undur...
setiap langkah yang dilalui..
tiada kembali lagi...
Tuhanku..
andai aku tersesat...
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus..
kerana sesungguhnya kesesatan itu..
adalah dari aku...
biarlah perjalanan ini...
sebuah perjalanan yang diredhai...
hingga langkah terhenti..
pada destinasi yang abadi....



awme's@22092010@0730pm
Kala Dana,Mukah.

Friday, September 17, 2010


Buat sekian kalinya...
kulewati pantaimu..
Senja luka kembali lagi..
Ku kutip serpihan duka ..di dada mu..
parutnya masih ada...
...elusan semilir senja itu...
tenang membelai...
ku biarkan..
ianya merawat luka ini..
biarkan ianya sembuh sendiri...


awme's 1059pm@17092010
Kala Dana.

Wednesday, September 15, 2010

Akulah pelawat yang pulang..
Terasa penat dan terasing...
di kampungku....
laman yang membina sejarah..kehidupan..
Lalu pulangnya aku...
...kini jadi perindu yang sepi...
Melihat indahnya..dan permainya...
kampungku...
kerana setelah sekian lama ku tinggalkan..
Indahmu masih ada...
Segar nafas dari bibirmu ..masih terasa...
Alangkah indahnya kampungku...
didada ini membuak rasa rindu ...
yang tak kesudahan pada cerita...cerita..
yang ditinggalkan..


13092010@1145am
Sg. Sayo, Balingian.

Tuesday, September 7, 2010

Senja yang hilang...
begitu jualah ..
memori hidup yang kian lenyap..
dilupakan..
tinggal lah kelam..
...sebuah cerita..
seakan ...
tak pernah berjumpa..
tak pernah bersua....
kenangan tertanam..
di pasir yang gersang..


awme's 08092010@0906
kala dana,mukah.

berlalunya sebuah hari..
seperti titisan embun..
sekejap cuma...
jatuh satu persatu...
hilang ..lenyap ditelan bumi..
...lalu ..begitulah ceritanya...
insan di bumi ini...
usia bagaikan titisan itu jua...
berlalu tiada hentinya...
tak mungkin berhenti...
hingga datang panggilan Nya..
pada detik detik penentuannya nanti..


awme's 07092010@0356
sktellian,mukah,s'wak.

Titis mu hujan...
menyegarkan...
titis mu tak akan berhenti..
menyegar, membasahi bumi ..
namun setiap hujan menitis..
...titis titis mu..membawa berita sepi..
dari rimba yang kian hilang...
bersama raungan pilu unggas ..
yang terlupa mencari jalan pulang...


awme's 07092010@1136
sktellian,mukah.

Monday, September 6, 2010


dari diari catatan hidup
(buat semua rakan FB Selamat Menyambut Lebaran)

Ruang dan peluang ..
yang dipergunakan..
sepenuhnya...
nikmat udara yang dihirup..
kehidupan yang dipinjam...
sekian kalinya...
yang dipergunakan sepenuhnya..
nikmat dan rahmat dikecapi....
dalam segalanya ..
adalah kesementaraan cuma......
atas kurniaan Nya..
terima kasih atas kesempatan ini...
terima kasih ...kerana kita ada..
..wujud atas kehendakNya..
mohon sejahteralah semuanya...
berilah sedikit kurniaan..
agar diampunkan segala dosa...
Tuhan yang esa..


awme's 07092010
Mukah,Sarawak.

Thursday, August 26, 2010

Langau....

orang kata kau pengotor...
orang jijik mendekati mu..
namun tiada yang tahu...
kau di ciptakan...
hanya Tuhan yang tahu...

Catatan rindu dari daerah sepi ii

melihat lalu tingkap kehidupan..
yang terbuka luas...
berdiri seorang aku di sisinya..
seakan bermimpi...dengan mata terpejam
melihat wajahmu ...
lalu..
berdetik... sebuah kerinduan...
kerinduan yang mencengkam ...padamu
daerah sepi ku...
rindu ini tentang kehidupan yang hening..
tulus dan murni...
sebuah keindahan masa kecilku..
tak akan berulang lagi...



awme's 0443 26082010
Tellian,Mukah

Ruang yang kau tinggalkan
Seluas lautan yang terbentang...
Ruang yang kau tinggalkan..
bagaikan angkasa di awangan..
Ruang yang kau tinggalkan...
umpama bunga layu..
yang tak akan berkembang....
kosong ....tiada sempadan...
Yang tinggal...hanyalah ruang...
yang sepi bagaikan gelap malam...


awme's 24082010

Thursday, July 15, 2010

Penjara Hati

Merenung ke luar jendela…
Ku lihat rumput terbakar..
Dik panasnya mentari…
...Panasnya terasa meresap …
Membakar lubuk jiwa..
Yang kering dan tandus…
Terpenjara.
Terkurung terpenjara…
Di dalam sebuah tembuk yang terbina…
Oleh rasa dan jiwa yang kacau lara…
Adalah sebuah penyiksaan yang tiada tara..
Rimas melemaskan….terpagar..
Sampai bila akhirnya…
akan terbuka..pintu jeriji….
Penjara hati


Awme’s0800pm@12072010

Tuesday, July 13, 2010


Bebayang iii

Bayangan yang datang…
Bersama angin senja..
Mengintip namun terasa..
Disebailk hening suramnya cahaya…
Bertandang di persinggahan ini…
Persinggahan sebuah pertemuan nostalgia..
Tak pernah ku harapkan..
Tak pernah ku fikirkan..
Tak pernah ku impikan…
Bahawa senja ini..
Bayanganmu datang lagi…
Datang mengetuk jendela …
Sekadar untuk menyentuh
walau hanya dengan rasa….
Bayangan …kau datang menguliti mimpi…dan lena..
Hingga subuh menjelma …
Kau datang lagi ….
Setiap senja tiba….
Kau datang lagi dari kejauhan yang terasa..
Dekat namun jauh..
Jauh namun dekat…
Biarlah kau menjelma….
Sampai bila…bila….
Sekadar untuk menyentuh rasa….

Awme’s0540@13072010
Sk Tellian….

Wednesday, July 7, 2010


Tika Senja berlabuh

Tika Senja berlabuh…
Di muara…
Tergenang airmata…
Lalu jatuh berderai satu persatu…
Ingatan menerawang melalui jendela malam…
Bahawa siang yang ditinggalkan….
Membawa sejuta kepedihan…
Oleh sengsara sebuah perjalanan..
Bernama kehidupan….
Sebuah permohonan…
Dari hati yang luka berdarah….
Memendam duka berjuta..
Mohon ketabahan..
Dari Mu Ilahi…
Moga dapat diteruskan
Perjalanan ini..
Walaupun senja kian jauh…jatuh
Menyusuri heningmu malam.

Awme’s 0128pm@08072010
Sktellian,mukah

Tuesday, July 6, 2010


Impian Pelangi…

Inginku selusuri denai ini
Bersama pelangi pagi…
Kerana warnamu indah sekali…
Ku impikan untuk mengelus membelai…
Jalur jalur warnamu..
Yang lembut ceria itu
kau cukup indah
ku impikan
Untuk membawamu bersama…
menghias kamar hidupku…
sebagai teman mengulit mimpiku…
Pelangi pagi….
Hening pagi …hujan renyai dan mentari cerah…
Menghidupkan impian pelangi….
Namun kau pergi..
Tinggalkan aku sendiri…
Terpingga –pinga …menatap langit yang kosong…
Tak berawan…tanpa pelangi lagi.


Awme’s0755@07072010
SKTellian,Mukah

Monday, July 5, 2010


kunanti kau pulang
ke ruang rasa yang menguji
pahit manis kehidupan

....dan aku terus menanti kau pulang
dalam kerinduan yang amat payah.


0955@05072010
Kala Dana Mukah

Budaya warisan seni berzaman...
telah kau wariskan kepada kami..
nenek moyangku....
sebagai kebanggaan sebuah bangsa...
budaya tiada bandingnya....
harta pusaka tiada nilainya...
pastikah ...
kau pertahankan nilai budinya,,,
di bumi merdeka ini....
atau merdekakah kita
dari segala penjajahannya..
yang pernah dan kini
masih menjajah minda kita...
pastikah kita akan pertahankannya
budaya adat resam bangsa..
yang lembut namun perkasa...
jangan di usik anak bangsa..
atau kita biarkannya..
lemas dimamah usia ..
dihapus .. ditelan masa
diukir semula
oleh...
budaya yang bukan asal usul kita..
pastikah kita ..pertahankan nya



awme's 0655pm-05072010
Kala Dana,Mukah

Tangisan alam......
memecah hening pagi...
bertaburan...berderai ...meliputi bumi....
pohon segar...
bumi berahi....
burung berkicau ceria bernyanyi...
Ku harap segar bumi ini..
alam hijau
terus...terus begini....
atau ..kekalkah engkau ...
hijau dan segarmu begini..
mungkin suatu hari nanti ...
hujanmu bukan segar lagi..
airmu air raksa ..
udaramu udara toksik ...
asap racun meresapi bumi...
semuanya akan kelu dan kaku
terkedu dalam sepi...


awmes@0736-04072010
Kala Dana....

Sunday, July 4, 2010


Basahnya kelopakmu
oleh mutiara..
segar nyaman menghidupkan...
bukankah titisan itu...
adalah rahmat dari yang maha esa...
Basahnya kelopakmu...
bukanlah oleh air mata...
seorang gadis sepi...
di hujung desa....
hidup terkongkong terkurung...
oleh kesempitan dan derita...
Basahnya kelopakmu...
bukanlah kerana cinta dusta...
tapi kerana...
amanah dan tanggungjawab..
yang belum terlaksana....


awme's 0210pm @ 04072010
Kala Dana,Mukah.