SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Wednesday, August 17, 2011


Salam buat bungaku
Cantik mu tetap seperti dulu
Pertemuan ini sebentar cuma
biarlah jadi kenangan....
kerana kapal akan bertolak pergi..
dari pelabuhan ini..
meninggalkan buih..buih perpisahan...
Yang kian menghilang bersama sebuah senja
Senja yang luka....


awmes18082011