SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Tuesday, September 13, 2011


Bayangan senja ...
menutup pintu hatiku..
bagaikan panas siang yang mendera..
membawa mimpi
berhamburan di hujung ranting yang kering...
Di antara bayangan dan hembusan semilir senja...
kunyalakan impian..
moga kemilau itu takkan sirna...
bersama turunnya tabir malam.


awme's
13092011 @0800