SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Tuesday, November 16, 2010


kusutnya sebuah rindu...
tersangkut di reranting..
pada setiap wajah..
yang diketemukan...
dalam kembara ini...
imbas yang melekat..
persis bayang yang tak akan sirna...
biarlah ianya terpadam sendiri...
satu ketika nanti...
datang dan pergi..
bersama embun pagi...


awme's 0955am@17112010
kala dana,Mukah.

Jika terlalu payah..
Menyimpan secebis kenangan..
Dalam diari kehidupan ..
Tentang sebuah persahabatan dan pertemuan..
Lepaskan ia …
...Ke laut luas terbentang……
Lontarkanlah…
Ke angkasa lepas…
Biarkan ia berpaut pada karang…karang
di dasar lautan….
Biarlah ia ..
Menjadi debu..debu..
berterbangan….
Jikapun kepingin untuk mengumpul kembali…
Serpihan kenangan yang hilang…
Biarlah sama sama kita selami
Ke dasar lautan…
Atau cukuplah …
Dengan memandang …
Pada cahaya kilauan awan….



awme's 0950pm @16112010
Kala Dana

Sunday, November 14, 2010


Ku dakap wajah senja….
Suram wajahmu..
Menyimpan luka..
Lalu ku biarkan semilir lembut
Mengusap membelai…manja…
Merawat duka…
Merawat luka…


Awme’s 1050pm@14112010
Mukah..

Di bawah langit senja
Yang jingga ini…
Jika kesempatan dikembalikan
Memori indah itu
Berulang lagi….
Pasti desir angin laut
Akan tersenyum…
Lembut selembut mata mu..
Tika pertemuan pertama..
Di pantai itu…
Namun itu bayangan cuma ..
Yang bermain di bibir malam…
Aku ingin kembali ..
Kepada diriku…
Biar sepi berteman rindu….
Malam tetap ku genggam …
Biar mimpi berlapis mimpi..
Kerana bayangan senja…
Tetap takkan kembali lagi..


Awme’s 0730pm@14112010
Kala Dana,Mukah.

Saturday, November 13, 2010


Kembara Sang Buih...

Kembara buih..buih..
di lautan..
dihanyut ombak..
...mengikut arus ..
tanpa tujuan...
akhirnya tersadai di pantai..


awmes 13112010
Oya.

Pangkalan sepi..
Setia menanti..
pada setiap persinggahan...
datang dan pergi
buat sekian kalinya
...menjadi..persinggahan
dan ditinggalkan....
sekian lamanya terhukum
oleh kepalsuan...
namun tetap tabah..menghadapi...
ranjang kehidupan..
yang penuh kepalsuan ini.


awme's 0840am@14112010
Kala Dana,Mukah.

Lokasi : Bekas Pangkalan Feri , Oya

Sunday, November 7, 2010


Persinggahan di kala senja

Dipersinggahan ini..
aku cuba memahami dan mengerti.
apakah hakikat sebuah kelahiran...
...sebuah perjalanan hidup..
ibarat mentari...
terbitnya dari timur...
dan turunnya di barat...
menjadi sebuah ciptaan yang maha indah...
lalu persis sebuah perjalanan ..
sebuah kembara...
dalam detik waktu yang begitu singkat..
sesungguhnya masa itu..berlalu
tiada henti...
dan dalam kembara ini...
adakalanya kabus menjelma..
adakanya hari cerah ceria...
itulah hakikat kehidupan..
namun pasti...
senja akan menjelma...
kerana kita semua
adalah sebuah kesementaraan cuma.....


awme's 0300pm@07112010
Kala Dana,Mukah

Saturday, November 6, 2010


Kembali kau
Persis kawanan burung petang..
pulang mencari sarang..
Kembali kau..
mencari harga diri..
...Yang sekian lamanya hilang..
..carilah jalan keinsafan..
Yang lama menghilang...
bertaburan bak serpihan di jalanan
Kini carilah dia...
Di saat senja hampir mendatang...
semoga kau temuinya..
sebelum mentari terbenam...



awme's 1055am@07112010
Kala Dana,Mukah

Thursday, November 4, 2010



Biarkan waktu berlalu...
bersama sepoi angin tengkujuh..
belum pasti lagi..
kau akan singgah..
di teratak buruk ini...
...Biarkanlah..
kau berlalu...
tak menoleh ke sini
kerana belum pasti..
di sini ada rezeki...
biarlah sepi bertandang...
bersama sepoi angin tengkujuh..
kerana nasib kami ...
hanya Tuhan yang mengetahui...


awme's 1155am@05112010
Mukah..

Wednesday, November 3, 2010


Ukiran rasa .. pada diari kehidupan

Jika diizinkan…
Jari jemari ini..
Melakar ayat…ayat..
Indah…ilham rasa…
Keindahan ciptaan Mu..
Dalam diari kehidupan
Izin Mu jua..
Berilah aku ruang..
Biarlah ku lakarkan…
Bait..bait puisi..
Menjadi arca kenangan..
Dari buah..buah mimpi..
Sebuah pertemuan..
Pada musim..musim indah itu..
Biarlah ku ukir nama mu..
Pada tugu ingatan…
Bahawa kita pernah bersama..
Kerana kau pernah…
Mendakap erat ..
Dalam ruang hati..
Walaupun hanya seketika…


Awme’s
1235pm @ 04112010
sktellian,mukah

Sekuntum cinta..
terbakar di hujung senja...
hikmat dan nikmat..
terdampar di sejadah iman
betapa cahaya Mu...
...mengerakkan aku dari mimpi ini..
untuk terus berkelana
...dalam mencari...cinta abadii...


awme's 1140pm@03112010
Kala Dana, Mukah

Ketika senja berlabuh....
pilu menggamit hatiku..
menanggung gelita rindu..
yang terbendung..
dan terkurung..
dalam sangkar usia..
dalam kembara..
di saat akhir ini..

awme's 0620am@03112010
kala dana.
Cermin Diri

Cermin diri…
Melihat telus…
...Melihat tulus..
Ke dalam cermin diri..
Yang tergantung tak terusik…
Di dinding usia…
Berbingkaikan pengalaman semusim..
Betapa indahnya…
Sejarah yang kita ciptakan….
Betapa manisnya…perjalanan hidup ini…
Jarak yang kita ciptakan…
Telah mendekatkan kita..
Namun rasa kehilangan itu…
Telah mengisi ruang..
Dengan rasa rindu…membara…
Tak pernah sirna..
Lalu kembali…
Merenung dan melihat jauh ..
Ke dalam cermin diri…
Di situ …
Masih ada…bayangan mu..
Tersembunyi …..

awme's 0420pm@03112010
sktellian,mukah

Monday, November 1, 2010


Pesona Senja..kuimbau bayang Mu

Rapuhnya….
Jendela hati ini…
Lebur bertaburan..
...Berserpihan menjadi puing..puing rindu..
Tika angin sukma melanda..
Bergetaran jiwa…

Usah resah ..
Gelora yang sarat mendera…
Pastikan reda…
Tika nyanyian sepi menjelma…
Biarlah ku teruskan..
Perjalanan ini..

Ingin ku imbau bayangan…
Biar ku gapai cahaya..
Sinar mu yang kian sirna..
Meskipun
dalam kekaburan kabus….
Inginku sentuh kasihmu..
Walaupun hanya seketika..
Dan pasti …
Di sini aku tetap berdiri..
bertemankan sepi.



Awme’s @01112010
Sktellian,mukah.

Hujan turun lagi...

Hujan turun lagi..
sudah pasti membawa resah...
tak siapa yang tahu...
...tersembunyi ia,
lalu jatuh..
satu persatu...


awme's 0320pn@31102010
Tutus Hilir,Mukah.

Nelayan di musim tengkujuh....

Termangu mengenang nasib..
apa nak suap pada mulut-mulut..
yang mengharap..
...sedangkan hujan tiada henti..
ombak membadai tinggi...
Sambil duduk mencangkung...
fikiran melayang...
di manakah rezeki kan di cari..
sekadar untuk sesuap nasi.
hujan..hujan...
turun lagi..
ombak membadai tinggi...
membadai jua..
di dalam hati..



awme..0448pm @31012010
Tutus Hilir,Mukah
Lokasi: Pangkalan Nelayan Kpg. Tutus Hilir,Mukah,
Sarawak.

Bayangan Sirna ..mencari makna sebuah rahsia...

Tak kan sirna…
Bayangan sinar mata mu..
Dalam gelap malam…
Walau sekelam manapun..
Dan hebatnya angin mendesah lalu..
Kau tetap terpaku…
Kerana bayangan mu...
mendakap erat ..
memahat dalam ingatan..
lalu
tak berupaya…
melawan sedar…
menakluk nyata..
mencabar resah
biarkanlah
terpenjara..
sepi itu..mengarca mimpi..
jadi satu titik bisu..
dalam mencari..
sesuatu yang ada tapi tiada…
sesuatu yang tiada tetapi ada…
dan biarlah…
perjalanan ini…
menjadi sebuah kembara …
dalam mencari makna sebuah rahsia….



Awme’s @1045am
01 Nov. 2010