SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Wednesday, January 18, 2012


Bunga harapan...
adakah kuntum mu
Kan mekar lagi..
Mewangi ...
Menghias laman ini..

19012012
skmukah

Tuesday, September 13, 2011


Bayangan senja ...
menutup pintu hatiku..
bagaikan panas siang yang mendera..
membawa mimpi
berhamburan di hujung ranting yang kering...
Di antara bayangan dan hembusan semilir senja...
kunyalakan impian..
moga kemilau itu takkan sirna...
bersama turunnya tabir malam.


awme's
13092011 @0800

Wednesday, August 17, 2011


Salam buat bungaku
Cantik mu tetap seperti dulu
Pertemuan ini sebentar cuma
biarlah jadi kenangan....
kerana kapal akan bertolak pergi..
dari pelabuhan ini..
meninggalkan buih..buih perpisahan...
Yang kian menghilang bersama sebuah senja
Senja yang luka....


awmes18082011

Thursday, May 26, 2011


Sebuah pertemuan

Bila sendirian...
Duduk dan bermimpi...
ada ungkapan yang hilang...
walaupun ...ruangnya dipenuhi cahaya....
cahaya yang kian menghilang....
kerana kau semakin jauh ..
Tutuplah jendela....
bawalah mentari ...turun kemari....
biarlah kaulihat cahaya ...dalam diri ini...
melalui pintu yang kau buka..
yang takkan kau temui dalam kepekatan malam yang gelap....
atau kau biarkan aku sendiri...
terkapai dalam pencarian...
pasrah dengan mimpi..
kerana ku tahu....dan pasti..
segalanya akan sirna..menghilang..
bersama embun pagi.....


awmes@26052011
sktellian,mukah

Thursday, March 10, 2011


Umpama Batu....

Hidup umpama batu...
Biarlah berdiri kukuh teguh..
walau dihempas dibadai ombak...
...Gelora taufan cabaran...
Terimalah seadanya..
Rimba duri..
Tempuhilah dengan sejuta kegagahan..
Yang ada pada diri...
Cekallah....terimalah getar kembara ini..
Kerana hidup adalah pengorbanan...
dan jika pengakhirannya begini...
Terimalah ...
kerana itulah rahsia...kurniaanNya.


awmes 11032011
sktellian,Mukah.

Tuesday, March 8, 2011


Kembara senja ii

Senja itu...
telah mempertemukan aku..
dengan cinta agungMu..
...Gemersik lalu..
menyelinap ke dalam kalbu....
Maha agung kebesaranMu..
Maha suci sentuhanMu...
Allahu akbar......Allahu Akbar...


awme's 08032011
Mukah.

Sunday, March 6, 2011


Pada dedaun
yang segar ....
sebahagian daripada hidup...
adalah bergantung pada mu...
saling memerlukan....
...untuk menyambung
rantaian hidup...
yang dikurniakan..
sekejap cuma.....

(Translation by Della Perkins)
In foliage
Fresh ....
part of life ...
depends on your ...
need each other ....
...to resume
chain of life ...
endowed ..
just a moment .....


awmes 06032011