SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Sunday, November 7, 2010


Persinggahan di kala senja

Dipersinggahan ini..
aku cuba memahami dan mengerti.
apakah hakikat sebuah kelahiran...
...sebuah perjalanan hidup..
ibarat mentari...
terbitnya dari timur...
dan turunnya di barat...
menjadi sebuah ciptaan yang maha indah...
lalu persis sebuah perjalanan ..
sebuah kembara...
dalam detik waktu yang begitu singkat..
sesungguhnya masa itu..berlalu
tiada henti...
dan dalam kembara ini...
adakalanya kabus menjelma..
adakanya hari cerah ceria...
itulah hakikat kehidupan..
namun pasti...
senja akan menjelma...
kerana kita semua
adalah sebuah kesementaraan cuma.....


awme's 0300pm@07112010
Kala Dana,Mukah

No comments:

Post a Comment