SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Sunday, November 14, 2010


Di bawah langit senja
Yang jingga ini…
Jika kesempatan dikembalikan
Memori indah itu
Berulang lagi….
Pasti desir angin laut
Akan tersenyum…
Lembut selembut mata mu..
Tika pertemuan pertama..
Di pantai itu…
Namun itu bayangan cuma ..
Yang bermain di bibir malam…
Aku ingin kembali ..
Kepada diriku…
Biar sepi berteman rindu….
Malam tetap ku genggam …
Biar mimpi berlapis mimpi..
Kerana bayangan senja…
Tetap takkan kembali lagi..


Awme’s 0730pm@14112010
Kala Dana,Mukah.

No comments:

Post a Comment