SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Monday, November 1, 2010


Bayangan Sirna ..mencari makna sebuah rahsia...

Tak kan sirna…
Bayangan sinar mata mu..
Dalam gelap malam…
Walau sekelam manapun..
Dan hebatnya angin mendesah lalu..
Kau tetap terpaku…
Kerana bayangan mu...
mendakap erat ..
memahat dalam ingatan..
lalu
tak berupaya…
melawan sedar…
menakluk nyata..
mencabar resah
biarkanlah
terpenjara..
sepi itu..mengarca mimpi..
jadi satu titik bisu..
dalam mencari..
sesuatu yang ada tapi tiada…
sesuatu yang tiada tetapi ada…
dan biarlah…
perjalanan ini…
menjadi sebuah kembara …
dalam mencari makna sebuah rahsia….



Awme’s @1045am
01 Nov. 2010

No comments:

Post a Comment