SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, October 29, 2010


Kembara sebuah pertemuan yang abadi
(mengingati Sdrku ..yang pergi takkan kembali)

Hidup adalah sehelai mimpi….
Rasa nikmat dari taman perkasihan ..
...Yang sementara ini..
Menjadikan kita leka dan alpa..
Dihanyut buai mimpi indah….
Tenggelam dalam rindu dan kasih..Duniawi…
Permulaannya dari satu titik..
Berakhirpun dengan satu titik
Yang tiada semenanya akan ..
Akan datang tiada dipinta..tiada diduga..
Segalanya akan menyepi…
Bila denyutan nadi terhenti..
Menyentap segalanya…
Berakhirlah sebuah cerita..
Berakhirlah segalanya..
Kerana datang dan perginya..
Persis sebuah mimpi…
Ketika haruman mawar dan kasturi..
Melingkari sekujur tubuh tanpa roh..
Dalam perjalanan…
Yang abadi …menemuiMu…Rabulizati….

Awme’s 1220@30102010
Kala dana Mukah…

No comments:

Post a Comment