SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Thursday, October 28, 2010

Di pantai inilah…
Anganku jauh menerawang..
Lepas bebas di angkasa…
Terbang bersama camar senja…
Di sinilah cintaku bermula
Desir angin kerinduan menyapa..
Rindunya bergelora….
Persis ombak pantaimu
Menghempas …membadai ..
Bercanda….merintih berbicara…
sehingga
Redupnya samar senja…
Sepoi angin menghela…..
Laut berhenti berbicara….
Senja berlalu hiba….
Kerana setiap detik yang berlalu..
Adalah detik yang bermakna…

Awme’s
Sajak - Orang sesat di lautan
1040pm@28102010
KalaDana,Mukah

No comments:

Post a Comment