SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Tuesday, October 26, 2010

Sungai Dalat....melihat dari satu sudut

Ketika tabir senja...
memercikkan cahaya kemilau...
di dadamu .....
...tersedar dari lena buaian mimpi....
terbungkam aku.......
teringat riak sungai mu....
menari galak dalam aluan cahaya mentari.......
betapa ruang tidak membezakan....
dan tidak akan pernah membezakan...
bahawa antara langit yang membiru ...
dan alunan ombak itu adalah...
ada pertalian halus yang mengalir...
menyentuh deria rasa...
menjadikan kita lebih akrab namun terasing....
lalu ku redah belantara sepi....
dalam mengejar bayanganmu....
hari ini aku tahu .....
bahawa kau telah lesap dan hilang dari pandangan....
dan hidup ini adalah sebuah ilusi.....


awme's @4.45pm @26102010
sk tellian,mukah.

No comments:

Post a Comment