SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Tuesday, October 26, 2010


Impian Bulan

Antara samar cahaya bulan…
Yang bersinar di dada malam..
Sempat ku dengar sebuah bisikan…
Bahawa antara serpihan rindu yang bertaburan itu..
Berdiri seorang aku… yang sesat
dalam kerdipan bintang gemintang…
dan… cahaya malam ini ,
bukanlah untuk ku….
Lalu aku terpegun dan mengharapkan
…dada malam akan menyerlah cerah..
Bahawa antara rasa yang bercelaru dan keliru
Biar terlerai….. fatamorgama mimpi…
Lalu aku pun tersedar dari igauan itu…
Bahawa bulan… kau jauh di sana…
Dan aku terus sujud bertafakur..memohon
keampunaMu…..Rabbi.

awme 0935@26102010
KalaDana

No comments:

Post a Comment