SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Tuesday, July 6, 2010


Impian Pelangi…

Inginku selusuri denai ini
Bersama pelangi pagi…
Kerana warnamu indah sekali…
Ku impikan untuk mengelus membelai…
Jalur jalur warnamu..
Yang lembut ceria itu
kau cukup indah
ku impikan
Untuk membawamu bersama…
menghias kamar hidupku…
sebagai teman mengulit mimpiku…
Pelangi pagi….
Hening pagi …hujan renyai dan mentari cerah…
Menghidupkan impian pelangi….
Namun kau pergi..
Tinggalkan aku sendiri…
Terpingga –pinga …menatap langit yang kosong…
Tak berawan…tanpa pelangi lagi.


Awme’s0755@07072010
SKTellian,Mukah

2 comments:

  1. begini lah keindahan yang Tuhan beri kan,
    kalau kita minta panas, Dia turun kan hujan,
    namun bila berhenti hujan, Dia ada kan "pelangi"
    indah sekali....kesimpulan nya, walau apa pun pemberian dari Nya, kita harus mensyukuri....biar pun payah dalam hidup ini, pasti suatu hari akan tiba saat bahagia...insyaallah...Allah tak mungkin akan mempersia-sia kan Hamba Nya....
    cantik gambar pelangi ni Awme.

    ReplyDelete