SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, July 2, 2010


Detik jingga itu..
berlalu satu persatu...
di ruang yang sempit ini..
berdiri seorang aku..
kelu , rimas lemas dalam kepayahan..
ingin ku kenali diri Mu..
yang sering ku lupakan..
dalam diari hidup ini...
Di ruang yang sempit...
di antara jingganya senja ini..
dan tabir malam yang kian menghimpit...
ku cuba...dalam kepayahan ini...
untuk mendekati Mu...
mengenali Mu .
mohon...
untuk ...diberi sedikit kesempatan..
menghampiri
yang dekat terasa jauh...
yang jauh terasa .
masih terlalu jauh...
namun dekat tidak tergapai..
jauh lagi tak tercapai..
dan biarlah ku hampiri penantian ini...
penantian yang terjawab...
biarlah rasa dan senja jingga ini...
bertaut mengenali diri..


awme's 1120pm@02072010
Kuala Lama,Mukah

No comments:

Post a Comment