SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Thursday, July 15, 2010

Penjara Hati

Merenung ke luar jendela…
Ku lihat rumput terbakar..
Dik panasnya mentari…
...Panasnya terasa meresap …
Membakar lubuk jiwa..
Yang kering dan tandus…
Terpenjara.
Terkurung terpenjara…
Di dalam sebuah tembuk yang terbina…
Oleh rasa dan jiwa yang kacau lara…
Adalah sebuah penyiksaan yang tiada tara..
Rimas melemaskan….terpagar..
Sampai bila akhirnya…
akan terbuka..pintu jeriji….
Penjara hati


Awme’s0800pm@12072010

1 comment:

  1. sajak ini menarik Awme.
    terkurung , terpenjara...sedang kan di luar terbakar, pasti di dalam lemas dan panas...
    tak ada gambar sekali ke Awme ?

    ReplyDelete