SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Sunday, July 4, 2010


Basahnya kelopakmu
oleh mutiara..
segar nyaman menghidupkan...
bukankah titisan itu...
adalah rahmat dari yang maha esa...
Basahnya kelopakmu...
bukanlah oleh air mata...
seorang gadis sepi...
di hujung desa....
hidup terkongkong terkurung...
oleh kesempitan dan derita...
Basahnya kelopakmu...
bukanlah kerana cinta dusta...
tapi kerana...
amanah dan tanggungjawab..
yang belum terlaksana....


awme's 0210pm @ 04072010
Kala Dana,Mukah.

3 comments:

  1. saya sangat suka sajak ini. gambar nya juga suka, jelas nampak air kat daun tu. tahniah awme, hasil kerja awak bagus sekali

    Basahnya kelopakmu...
    bukanlah kerana cinta dusta...
    tapi kerana...
    amanah dan tanggungjawab..
    yang belum terlaksana....
    ! bait2 ini paling saya suka.....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih aslinah .....ianya datang dari dalam ...yang tiada terlihat oleh mata kasar tapi oleh mata hati...Tq

    ReplyDelete
  3. sama-sama Awme.
    saya nak komen sikit la...boleh ke awak tukar warna background awak ni, sebab saya susah nak nampak tulisan nya. agak gelap dan hitam. itu pun kalau awak tak keberatan ya. maklom la, saya ni rabun sikit....dah tua...:)

    ReplyDelete