SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Saturday, July 3, 2010


Mentari mengintip disebalik senja...
sedangkan senja itu hanyalah fatamorgana...
pengulangan sesuatu kejadian ciptaan Tuhan...
untuk kita fikirkan dan amati sebenar-benarnya...
apakah kejadian itu...semata-mata kejadian alam...
yang biasa...semulajadi...
yang kita fikirkan dengan akal ...budibicara...
ataukah ianya....
petunjuk Nya yang maha kaya lagi berkuasa....
bahawa tiada yang lain selain Dia.....
Tuhan betapa kerdilnya aku di sisi Mu.....
maka ...
Tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi
berkuasa mencipta manusia yang serupa dengannya ?...
Ya...Dia berkuasa...
dan Dia lah Pencipta Yang Maha Mengetahui....
insaflah ....kerana ada manusia yang kufur dan ingkar
pada perintah Nya....
Mentari terus berselindung dan kembali kepangkuan Nya...
pada saat...yang tiada tertangguh....
dan kembali lagi bersinar...bagi yang masih berkesempatan ...
untuk peluang seterusnya...
Subhanallah...


Sajak spontan orang sesat di lautan..
awme's @ 455pm - 03072010.
Kala Dana,Mukah.

No comments:

Post a Comment