SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, July 2, 2010


Bunga kerinduan.....
kuntummu..
tika sepi...berkembang lagi....
pada batas-batas waktu...
kau tinggalkan sebuah...kenangan
dan ruang sepi yang tiada terbatas...
untuk ku himpun dan kutip..
satu persatu....
serpihan luka duka
yang kau tinggalkan
dalam memori...



awme's2010@12062010
Cosy Inn Miri

No comments:

Post a Comment