SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, July 2, 2010


Mutiara iv

Deretan senja telah ku lakarkan..
di kanvas jiwa....
senja yang kabur
ku lalui di saat ini...
resah bertaut d tangkai rasa...
lalu terpahat..ukiran duka..
di hujung sebuah penantian....
tak ku temui keindahan mimpi harapan...
lalui ku renungi dikejauhan...
menyelami dasar laut..
mencari sebutir mutiara,,,
yang kian malap cahayanya...
ataukah mungkin hilang sinarnya...


awme's 0600pm@02072010
Mukah, Sarawak.

No comments:

Post a Comment