SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010

Sepintas Dalam Kenangan
(untuk insan bergelar ayah)

Sepintas dalam kenangan..
Wajah tua itulah
yang mendewasakan aku..
dewasa dalam berfikir..
dewasa dalam mengharungi kepayahan..
dewasa dalam menyelami erti sebuah kehidupan..
dewasa dalam menilai erti sebuah kasih sayang..
malah …wajah itulah juga…
yang menghidupkan aku…
dalam erti kata sebenar-benarnya…..
bahawa hidup ini adalah sebuah bahtera…
yang perlu di nakhodakan sebaik mungkin….
Sepintas dalam kenangan….
Kekasaran dan ketgasan itulah juga..
Menjadi azimat hikmat ….
Yang membelai hidup ini…
Dengan lembut…selembutnya…
Dan kenal erti diri..
Membuahkan nadi semangat dalam menempuh segalanya..
Ajar mu itulah juga..
Membekalkan perjalanan perjalanan ini dengan sejuta makna…
Yang baru kini ku sedari…
Bahawa menjadi……
Pohon yang rendang…meneduhkan …menyejukkan
Perlu perjuangan dan pengorbanan…..
Akan ku teruskan perjalanan ini …..
Dalam mendewasakan diri…
belajar mengenang budi..dan nilai hati..
mengenali…
erti sebuah kerinduan…
seorang ayah…….

Awme’s 20062010 @ 0855am
Kuala Lama,Mukah.

No comments:

Post a Comment