SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010


Cerita malam

Semilir senja menderu lalu.
kicauan burung petang...
memanggil anaknya pulang..
gugurnya cahaya ...
malap berbalam jauh di sana..
Gemersik..risik..
nyanyian ombak..
berkejaran...mencumbui bibir pantai..
tersenyum dalam sepi...
rahsia malam rahsia tersendiri...
turunnya malam..
rindukan kerdipan Kejora...
bintang gemintang berkerdipan di ufuk sana..
malam kian lusuh..
hadirnya bagai mimpi..
sebentar lagi subuh menjelma...
cerita malam..
membawa seribu erti...


awme's @0745pm-18062010
Sajak orang sesat di lautan

No comments:

Post a Comment