SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010

Bunga Jalanan ii

Dari sudut lensa
Ku perhatikan sekuntum bunga….
Putih cantik berseri…
Namun ku tiada tahu namanya…
Kerana kau tumbuh liar…
Tumbuh merata…
Lalu ku panggil namamu…
Bunga jalanan….cukup mesra
Cukup cantik dan menawan……
Kembanglah dikau ……bungaku
Sekadar penyeri jalan yang sepi…
Tiada siapa peduli….
Namun aku cukup mengerti…
Manismu terserlah….penuh seni…
Tumbuh meliar..tetap suci.


Awme’s 0445pn@24062010
Sktellian,mukah,sarawak

No comments:

Post a Comment