SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010


Kau ketuk pintu hatiku

Kau ketuk pintu kamar hatiku...
lewat dihujung malam......
menerbitkan mimpi resah gelisah menyelubungi..ruang
Kau ketuk pintu hatiku…
lewat dihujung mimpi......
menerbitkan rindu resah yang berpanjangan..
Kau ketuk pintu hatiku…
lewat dihujung rindu......
menjadikan aku seorang perindu…
yang tiada penghujungnya…

Awme.2010- Sajak Spontan Orang sesat di lautan
13052010

2 comments:

  1. gambar ni sangat cantik. kat mana ni ?
    puisi pula sangat indah...saya suka dua-dua ni...:)

    ReplyDelete