SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010

Catatan seorang Pengembara

Pengembara di bumi tandus…
Perjalanan ini adalah sebuah perjalanan yang amat payah…
Berepisod cerita yang ingin kugambarkan..
Dalam sebuah potret yang bernama sejarah dan nostalgia….
Dari kepayahan hidup pengembara yang kaya dengan kemiskinan..
Hidup yang penuh dengan tanggungjawab dan kewajipan…
Yang perlu digalas….dibeban….
Terlalu ramai yang meminta dan memerlukan perhatian…
Sedangkan pencari nafkahnya ..seorang cuma…
Hidup bertemankan gelora dan ombak kemiskinan dan derita..
Adalah sebuah kebahagian bagi yang sudah biasa…malah terlalu biasa..
Biasa kenyang dalam kelaparan..
Biasa haus dalam dahaga
Jadi pelakon dalam berpura pura bahagia..
Bahagia dalam derita..
Kebahagiaan itulah ..kemiskinan…
Miskin namun kaya…
kaya dengan pengalaman…kaya dengan kesusahan
Kerana segala kepahitan dan kepayahan itulah..
Menyuburkan semangat untuk berjaya….
Kenal payah, kenal pahit perit dan derita
terhimpitnya hidup…
Menjadikan dewasa itu wujud segera….
Dewasa dan terus dewasa…
Dan faham bahawa hidup di bumi tuhan ini
Perlu banyak pengorbanan…untuk terus hidup sebagai pengembara…
Yang tak pernah kenal ..erti sengsara….


0810pm@26052010
Awme’s

No comments:

Post a Comment