SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Thursday, June 24, 2010

Pengembara Kerdil Mengarapkan sinar …di hujung senja
(untuk mu Gaza)

Merangkak dalam jatuh dan bangun
Seorang pengembara kerdil…
Di gurun tandus ….kering berdebu
Ingin meneguk nikmat seteguk kasih
dan melepaskan helaian rindu
Yang terbungkam di jiwa…
Yang tergenang di hati
Akulah itu pengemis…
Yang terlalu rindu …
akan ...
Sebuah ketenangan dan kedamaian..
Yang kian hilang ……
Pencarian sebuah kedamaian itu…
Adalah sesuatu yang amat payah …..
Kerana kemanusiaan yang kian punah
Kerana manusia tidak kenal manusia..
Kerana manusia itu bukan lagi manusia…
Kerana ada manusia yang hilang dalam diri…
Oleh hati yang hitam sepekat langit malam…
Tidak ketemu lagi…sinarnya di subuh pagi
Atau….
Mungkinkah ada sinar..
Di hujung senja….


Awme’s @1140 -120620101
Lutong,Miri, Sarawak

1 comment:

  1. salam puisiku untuk anda, saya baru saja membaca beberapa buah puisi anda di sini, terasa bening dan syahdunya perlukisan yang anda coretkan yang berkaitan dengan alam.....izinkan saya mempergunakan foto senja anda untuk lakaran puisi saya....terima kasih.

    ReplyDelete