SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010


Bebayang ii

Kasih...
telah sekian lama cuba kukutip
serpihan rindu yang bertaburan..
di ruang ini....
ruang yang sempit ..ruang yang menyesakkan..
ruang yang penuh dengan ketidakpastian.
Kasih...
betapa payahnya
dalam mengutip serpihan rindu itu..
telah kucuba jua untuk mengikiskan kenangan
yang sering menggangu
dan menjadi bebayang yang sentiasa...
mengekori diperjalanan ini…
Kasih …
setiap kali aku lalui ruang itu..
wajah-wajah itulah …
yang sering datang dalam bayangan….
dan menjadikan lenaku…
lena yang terganggu…

awme’s 17052010 sktellian,mukah
Sajak spontan…orang sesat di lautan
Posted by awme at 4:45 AM 0 comments

No comments:

Post a Comment