SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010


Senja di hatiku

Tidak pernah jemu…
Ku lakarkan portrait senja…
Menerusi lensa ini…
Kerana walaupun sejuta senja ..
Akan wujud lagi….
Selagi terdaya..
Portrait mu …akan cuba ku abadikan…
Sebagai kenangan amat berharga….
Kerana wajah mu….
Terukir di hatiku….


Awme’s 0734pm@20062010
Kuala Lama,Mukah

No comments:

Post a Comment