SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, June 25, 2010

Garis…garis… lakaran dan pusaran..
Permainan warna ..persembahan alam..
Memegunkan aku …dalam satu perjalanan…
Gugup dan gementar rasanya..
Diri yang kerdil ini…
Amat terasa sekerdil-kerdilnya..
Amat terasa lemah selemahnya…
Amat terasa hilangnya aku..
Lemas dalam lautan rasa..
Kerana wujudnya seorang aku…
Di bumi yang fana ini…
Pada hakikatnya hanyalah sebesar hama..
Lalu ku hulurkan tangan menadah kepada Mu
Dalam doa kudus..
Aku berserah…seluruh jiwa dan raga…
Bahawa Kaulah..
Yang maha berkuasa….yang maha esa.


Awmes 16062010 @0730pm
Kuala Lama, Mukah,Sarawak.

No comments:

Post a Comment