Riak Senja Hari pun melabuhkan tirai malam.. Ketika sepi datang bertandang….. Ketika itulah rindu terjuntai.. Menyentuh hatiku.. Bersama … Semilir senja yang mengelus mesra…. Bersama bayangan riak air … Berkocak ….riak senja.. berkocaknya hatiku jua ….. Sayup kedengaran …senandung azan… Dalam diam mengajak kita…. Bermunazat …mengharapkan kasih.. kurniaanNya…. awme's1240223062010
SENJA DI HATIKU
Di antara bayangan dan cahaya…
Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….
Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak
Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .June 23, 2010 5:46 PM
Tuesday, July 13, 2010
Bebayang iii
Bayangan yang datang…
Bersama angin senja..
Mengintip namun terasa..
Disebailk hening suramnya cahaya…
Bertandang di persinggahan ini…
Persinggahan sebuah pertemuan nostalgia..
Tak pernah ku harapkan..
Tak pernah ku fikirkan..
Tak pernah ku impikan…
Bahawa senja ini..
Bayanganmu datang lagi…
Datang mengetuk jendela …
Sekadar untuk menyentuh
walau hanya dengan rasa….
Bayangan …kau datang menguliti mimpi…dan lena..
Hingga subuh menjelma …
Kau datang lagi ….
Setiap senja tiba….
Kau datang lagi dari kejauhan yang terasa..
Dekat namun jauh..
Jauh namun dekat…
Biarlah kau menjelma….
Sampai bila…bila….
Sekadar untuk menyentuh rasa….
Awme’s0540@13072010
Sk Tellian….
puisi ini saya suka...sangat menyentuh rasa...
ReplyDeletesampai bila la nak memuja bayang2 ya...hehe...gurau je, jgn marah ya..:)