SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Sunday, March 6, 2011


Perjalanan di hujung senja...

Perjalanan di hujung senja..
Amat penat terasa...
Kiranya perjalanan ini..
...Sarat dengan muatan..
Pelbagai pengalaman..dan bekalan...
alangkah indahnya...
Destinasi ke hujungnya tak terasa..
kerana perjalanan ini leka dibuai rasa..
biar apapun perjalanan ini telah diaturNya...
pasti penghujungnya ...
kan tiba....

awmes
03032011
Mukah.

No comments:

Post a Comment