SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Sunday, March 6, 2011


Kampung Senja...

Kau lakarkan jutaan sejarah..
dalam memori hidup..
tika suka dan duka...
...tika payah dan susah...
tika senang bertandang...
Kampung Senja....
Ku abdikan sebuah puisi...
Sebagai kenangan.....
Kerana di tanahmu ...
pernah kau lukiskan catatan hidup....
anak..anak yang terlalu kenal
akan erti payah
sebuah kehidupan....
yang tetap abadi
dalam kenangan.


awme01032011
Lokasi:
Kpg.Lintang,Balingian.

No comments:

Post a Comment