SENJA DI HATIKU

Di antara bayangan dan cahaya…

Di antara bayangan dan cahaya…
Wajahmu muncul menjelma..
Adakalanya mengintip mesra…
Mengusik memaut rasa…
Kau datang….
Mengetuk jendela ….
Lalu ku biarkan jendela itu terbuka….……
Sekadar membiarkan sentuhan angin rasa
Menyentuh seketika..
Walaupun sekelumit cuma…
Lalu ku biarkan …rindu itu berlalu….
Di antara bayangan dan cahaya…..
Biarpun seketika……
Kerana tabir malam kan berlabuh jua….


Awme’s 0345@23062010
Sktellian,mukah-sarawak

Lokasi .... Jalan Selangau / Mukah .

June 23, 2010 5:46 PM

Friday, January 28, 2011


Kembali kita bertemu
Di pantai ini….
Bersaksikan alunan ombak dan senja kelam….
Lalu kupautkan sejuta harapan…
Kurangkulkan harapan itu…
...Pada detik yang berlalu…
Terhamparnya senyuman …yang luhur dan tulus..
Bahawa cinta itu takkan sirna…ditelan zaman…
Dan kita akan terus bertemu..
Di pantai ini….hingga ke akhirnya…
Helaan nafas kehidupan….

Awme’s 25012011
Pantai Judan
Mukah...0645pm